Wednesday, January 29, 2014

Pantun Bacaan Doa

Kalau pergi Tanjung Keramat,
Anak manis jangan diangkat;
Bersama kita memohon rahmat,
Moga majlis mendapat berkat.


Tetak buluh kajang sepuluh,
Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.


Garam ada kicap pun ada,
Sayang lada terlupa bagi;
Pantun ada ucapan ada,
Sayang tiada berdoa lagi.


Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.


Tetak buluh kajang sepuluh,
Mari jolok sarang penyengat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

5 comments:

  1. Replies
    1. Dipersilakan.saya berasa terharu kerana saya dapat membantu saudara. Saya tidak menyangka laman blog ini menerima banyak hit. terima kasih. saya akan update dari masa ke semasa

      Delete
  2. Replies
    1. Dipersilakan.saya berasa terharu kerana saya dapat membantu saudara. Saya tidak menyangka laman blog ini menerima banyak hit. terima kasih. saya akan update dari masa ke semasa

      Delete